Thursday, July 24, 2008

Tahukah anda?

Pada waktu dahulu, congkak dimainkan terutama oleh kanak-kanak perempuan dan juga golongan wanita. Congkak bukan sahaja sebagai satu jenis permainan malah ia merupakan satu bentuk hiburan di masa lapang bagi mengisi waktu yang terluang.

Sebenarnya, walaupun congkak merupakan salah satu permainan tradisi khazanah, permaina ini juga didapati di negara Asia Tenggara yang lain.

Monday, July 14, 2008

Asal-usul permainan Congkak

Congkak merupakan satu permainan yang dapat menguji minda dan kekuatan mental. Ia amat sesuai dengan namanya yang berunsurkan kira-kira.
Permainan congkak ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi.

Cara bermain Congkak bagaimana?

Permainan congkak sebenarnya merupakan satu permainan yang mudah. Permainan ini melibatkan dua orang.
Pemain akan duduk berhadapan antara satu sama lain. Setiap pemain harus berusaha mengalahka lawan masing-masing dalam menentukan pemenangnya.

Saturday, July 5, 2008

Cara bermain Congkak bagaimana pula?

Senang sahaja...
(1)Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai biji guli masing-masing dan memasukkan biji guli satu demi satu di dalam lubangnya dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan lubang lawan.

(2)Gerakan diteruskan hingga biji guli yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

(3)Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

(4)Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.


Senang kan???

Apakah digunakan untuk membuat Congkak?

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9cm. garis pusat dan 7cm dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.

Congkak

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah. Buahnya bolehlah kita menggunakan biji getah,biji guli dan lain-lain lagi.

Apabila saya menontoni cerita wayang Congkak,mereka ada menyatakan bahawa jika kamu ingin merasai keseronokan bermain Congkak seperti orang dahuilu gunakanlah biji getah.

Congkak sudah wujud sejak zaman
kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

Permainan Tradisional Melayu

Apabila saya duduk termenung di rumah,saya fikir tentang kali terakhir saya telah bermain permainan tradisional Melayu.
Sudah lama ia tidak dimainkan.Ini menyebabkan permainan tradisional Melayu semakin tidak popular dan juga menyebabkan generasi muda Melayu tidak tahu akan permainan ini.
Salah siapakah yang menyebabkan warisn ini semakin pupus?Pada pendapat saya,ini salah ibu bapa kerana mereka tidak meluangkan masa untuk mengajar anak-anaknya tentang permainan-permainan tradisional ini.
Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional yang amat seronok untuk bermain seperti Congkak, Wau Bulan, Gasing dan lain-lain lagi.
Saya amat menyukai Congkak kerana ia amat seronok dan kita boleh lawan bersama rakan-rakan ataupun keluarga.